Monday, July 27, 2009

Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri

tidak ada yang boleh menggaru gatal kulitmu,
sama seperti kuku tanganmu sendiri,
sebab itu buatlah olehmu sendiri,
segala kerja tanggungan dirimu
- Zaab
a

memang benarlah lontaran kritikan dan kupasan Zaaba...memang aku kne bergantung kat diri sendiri untuk berjaya...mungkin ade org blh berjaye dgn 'Cable besar' or 'lesen Agong' ny...tp mcm mane pon , hidop aku ttp kne bergantung kat diri sendiri...

minggu ni mmg bnyk dugaan... payment GRF aku xdpt bulan nih disebabkan borang tertentu tak disahkan...

staff: dik, borg adik ni xlengkap...sbb tu kami x luluskan payment GRF
aku: tp knp x maklumkn kat saya?....sy xdpt pape info pn..
staff: kami dah emel notification kat adik, xbc emel lah tu!!!
aku: hah?...hr2 sy bc emel sy, xd pon...
staff: ade... nk kontek no fon kamu x sertakan...kami guna emel jelah...
aku: (em...okeh)

dalam hati aku penuh sumpah seranah dah...emel je?...kan kat student prtal aku ade siap alamat umah, nofon aku, emel...then knp x maklumkan kat institut jek...sbb borang tu institut yg uruskan...ilang mood aku satu hari satu malam...tido awl...sakit ati sakit kepala...

tp bgn pagi aku dah relax sket...mmg camtu pon staff GSO, takkan ko tak paham..(pujuk aku sndr)..selama 3 semester aku berurusan ngn GSO, jrg dpt layanan yg bes(except aku mintak bpk aku campurtangn..)....bila bapak aku tlg uruskan, drpd perilaku sumbang terus jadi manusia yg prihatin staf2 tersebut...hampeh...aku dah kire bergantung kat org dah nih...

tapi masalah2 yg melanda insan itu,mmg bnyk hikmah disebaliknya...aku percaya dan aku kene percaya, there's no such thing as bad luck...cume ape hikmahny, blom pasti/tahu lglah...
asek merungut bring us nowhere...life like that...so show must go on...a lot og things to do...but still terkilan my rm1.5k disappeared....huhu....






Wednesday, July 8, 2009

Government canceled out PPSMI

Rentetan pelaksanaan PPSMI

Julai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara."

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.

sumber asal: http://www.malaysiakini.com/news/108063

Sunday, July 5, 2009

HitAm dAn KeLAbu

bila ditanya kepada orang ramai berkenaan kebaikan dan keburukan, pasti majoriti manusia akan menjawab: saya pastilah memilih untuk kebaikan...namun realiti masyrakat kita sekarang tidaklah begitu kerna, bukanny ingin nk menuduh manusia suka melakukan keburukan(hakikatnya begitu), namun disebalik kebaikan yg dipilih itu terdapat kelemahan yg secara tersiratnya menjadikan manusia mengabaikan kebaikan...

sebagai cth, kempen berkongsi kereta adalah suatu kebaikan kerana boleh menjimatkan penggunaan petrol seharian,dpt bersosial dgn rakan2, dan juga mampu mengurangkan kadar pencemaran udara... namun disebalik kebaikan itu, selaluny tidak membawa keuntungan...keuntungan kepada tuan punya kereta...

begitu juga kempen 'tak nak' merokok...sgt2 memberikan kebaikan, namun kenapa fokus kepada penghisap rokok yg sedia ada ketagihan...kenapa tak tutup terus kilang pengeluar rokok?...sebab tak membawa keuntungan...biarlah org len mati sebab asap rokok pon xpe janji kroni2ku untung giler babeng...ahakz...

itulah warna warni malaysia...padahal kaler yg ade cume yg kelam2 jek...hitam, kelabu taik anjing, coklat taik kucing, hijau taik lembu...hooooooooo

keep on rockin with morals


I see a woman in the night
With a baby in her hand
Under an old street light
Near a garbage can
Now she puts the kid away,
and she's gone to get a hit
She hates her life,
and what she's done to it
There's one more kid
that will never go to school
Never get to fall in love,
never get to be cool.

ps: kenapakah kejamnya manusia?...sebab keadaan tertekan dan keimanan tandus..nauzubillahi minzalik...jauhkan dan selamatkan aku dari dosa ini ya Allah...seram....