Wednesday, December 23, 2009

10 Jurus Untuk Berhenti Merokok


Assalamualaikum brade2 sekalian, semoga sihat2 belaka hendaknya…entry kali ini khas buat mereka2 yg bertekad dan bersemangat untuk melakukan hijrah diri (yang hangat2 tahi kambing pon boley), untuk menyelamatkan diri dan persekitarannya dari bahana rokok…dan amnya untuk semua perokok…


Disini daku sertakan 10 jurus hikmat yang mampu membantu anda untuk memulakan gaya hidup yang sihat tanpa rokok…


Jurus 1: Niat

- Setiap amalan itu dimulakan dgn niat, oleh itu sematkan niat dihati mahu berhenti. Niat kerna Allah itu ibadah, boley dpt pahala lagi. Kalau nk lagi ngam, tuliskan dlm nota kecil atau dalam diari anda. Hari-hari berniat ( bkn hny bace niat)…

Jurus 2: Senyap, shhh...!!!

- Untuk peringkat permulaan ( kurang dari 6bulan), selepas pasang niat nak berhenti smoking, jangan diheboh2kan…mmglah kate orang benda baik kena kongsi ngan kawan2, namun berdasarkan pengalamanku, bab nak berenti merokok mmg kene senyap2 dulu…sebabnya syaitan itu terdiri dari golongan jin dan manusia...percayalah kawan2ku, 9 drpd 10 mmbe perokok lain pasti akan mengganggu proses anda untuk berhenti via hasutan, dengkian dll…


Jurus3: Banyakkan Minum Air suam

- Jurus ke-3 nih mmg sgt2 applicable lah utk ape jua tujuan pencegahan/perubatan penyakit… xperlulah diterangkan lebih lanjut…pastikan tubuh anda menerima jumlah air yg secukupnya


Jurus 4: Pelihara solat lima waktu

- Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi org yang khusyuk…untuk jurus 4 dan seterusnya, disinilah bermulanya mujahadah anda untuk berubah…sebab disinilah syaitan2 dari segenap golongan, jin mahupun manusia akan mula mengeji, mengejek, menghina tindakan anda….namun Allah itu maha penyayang, dan sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.


Jurus 5: Berpuasa sunat Isnin & Khamis

- Hikmah melakukan puasa juga amatlah bnyk, nk terangkn pon empunya diri masih belajar perbaiki ilmu dan diri, =)…yang pentingnya, amalan puasa mampu membantu menyediakan diri kita untuk mulakan aktiviti berhenti merokok…

Jurus 6 , 7, 8 adalah tiga jurus berangkai… melengkapi antara satu sama lain….dan ketiga2 jurus ini digalakkan untuk dilakukan selepas anda mengamalkan lima jurus sebelumnya, tidaklah sampai peringkat wajib…cume persediaan diri agak lengkap untuk melaksanakan 5 jurus yg seterusnya….


Jurus 6: Mulakan berhenti membeli rokok

- Stop buying cigarette first!!! Samada beli rokok batang mahupun kotak…so kalau sangap sgt nk merokok, mintak je kat kwn2 yg ade rokok…surely diorg ngan baik hati bagi rokok..sampai satu ketika kita mintak rokok, pelempang yang hinggap…itu merupakan petanda untuk kita memulakan jurus seterusny iaitu:


Jurus 7: Kurangkan berdamping dengan perokok

- Yup, kurangkan berdamping dengan mana-mana sahaja perokok yang sedang merokok… ape???anda takut ilang kawan???kerana nk berhenti merokok buang kawan???tidaklah begitu, dan anda perlu tahu masih ramai lagi manusia didunia ini, di Malaysia ini yang tidak merokok… dan mereka sgt2 berbesar hati untuk berkawan dgn anda, make frens ngn org yg tak merokok…mereka juga boleh menjadi catalyst utk anda berhenti merokok…

Jurus 8: Kurangkan kekerapan merokok

- Kurangkan jumlah pengabilan rokok anda…sehari2…dari sekotak 20 à sekotak 14 à sepuluh batang à 9 batang+ kating ngn mmbe….haha….ianya satu langkah yang sgt baik brade2 sekalian


Jurus 9: Banyak2kan berdoa

- Allah suka hambanya yang banyak meminta…jgn putus asa, jgn berhenti berharap pada rahmat Allah…doa bnyk2 supaya diberikan kekuatan dan sedikit kecerdikan untuk berhenti daripada merokok…amin, aku juga doakan untuk brade2 sekalian…


Jurus 10: Jurus paling sukar untuk setiap amalan …. ISTIQAMAH

- Ya, istiqamah…consistency…itu yang paling penting… amalan yang sentiasa berterusan, mengikut tertib yg dicadangkan… ilmu, doa , amal dan berserah pada Allah… pujuk diri, cekalkan hati, ape yg kita ingin lakukan ini adalah sesuatu yang bukan mudah, perlu bersusah payah, dan itu mmg pun falsafah yang terkandung dalam ‘HIJRAH’…. Ku doakan utk brade2 dan rakan2 sekalian, supaya dgn amalan yg sedikit ini, kita membantu untuk menjadikan diri sendir dan persekitaran kita lebih aman sentosa, ceria hendaknya… sekian, renung2kan dan selamat beramal…



p/s: saya bukan ustaz, tapi bru nk start =)... one too tree go!!!


Friday, December 11, 2009

Di taman hati : Petunjuk

Ya Allah!

Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu
dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu
serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar.
Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa,
Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya
Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.


Ya Allah!

kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku
juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku,
kini dan akan datang,
maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku,
serta berkatilah daku padanya.

Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku,
juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku,
kini dan akan datang,
maka elakkanlah ia dariku
dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya,
kemudian jadikanlah daku meredhainya


... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ...

Monday, November 30, 2009

Lesson & Learn : Dear me


Remember,
there are no mistakes in life
only lessons
and lessons will keep on repeating themselves
until learned..

u will fail many times,
but in failing,
u will learn,
and in learning
u will find ur way...




Wednesday, November 25, 2009

Di taman hati : Pujuk Diri

Kok nak bertoduh pado yang rendang...

Kok nak meminto pado yang ado...

Kok mengarap cinto pado yang mandang...

Kok nak berkasih pado yang sayang...

Jangan ditagih simpati orang...

Takut hajat telorai tidak...

by Oldfren Bestfren : Hezri Mat Isa a.k.a Geylong

** nasihat dari seorang rakan, sangat bermotivasi,
memberikan sudut pandang dari sisi yang lain
tidak disuruh bersedih, cuma perlu sedarkan diri
perlu tahu realiti fantasi imaginasi, antara akal dan hati
oleh itu, kembali pada fitrah diri, kembalikan semangat diri
kembalikan prinsip hidup, kembalilah aku, jadi diri sendiri **



Di taman hati : Nyaman

duduk bersama
walau tanpa bicara,
melihat wajah kamu berdua
sudah cukup
mententeramkan jiwa

...terima kasih mak & abah...

kadang kala, atas sibuknya kota, sibuk jua minda
terlupa kamu berdua...ujudnya didepan mata
tapi aku masih, merayap ntah kemana, cari bahagia itu...
oh mak, oh abah...hari-hari hadap anakmu tanpa jemu...
kemana perginya logik aku...
ya, kamulah penenang jiwaku...mak dan abah


Wednesday, November 4, 2009

experiencing a new excitement with Ubuntu 9.04








acknowledgement:Khairunnajah Abd Kadir for the live CD ubuntu 9.04 and the free tour round2 booth "mygosscon", a lot of thanx ... =)

emm....bru cube try test this OS, jatuh hati sejak cubaan pertama lagi...masih xdapat nk nyatakan pros n cons from this early stage of trial n error...
adakah ini menandakan ucapan selamat tinggal kpd dunia windows?...or just joint venture for the future....who knows....better try it 1st, learn thru experiences and do a lot of experiment....

reviews2....i need to read a lots of reviews on Ubuntu OS...emm...mcm nk wat literature review ler plaks...
dlm kesibukan dan keserabutan hidupku minggu ini, terpaksa cr jalan utk
sejukkan hati, tenangkan jiwa...inilah santapan mindaku kini....
killing time or wasting it?...does not matter rite now for me,tika jiwa kacau ahaha
setelah berhempas pulas siapkan 1st draft for journal paper,
now take a little break...aloowed me myself some distance from writing... uhhh...

what a wonderful day, lets celebrate the progress...
Ubuntu 9.04, here i come.... =)...
tp da ade ubuntu 9.10, knp nk stadi 9.04 eyh...
xpe2....slow n steady, no needs to rushing, no needs to argue...

Monday, October 12, 2009

Manusia dan Berkumpul-kumpulan.....


















Manusia...
sekarang ni manusia ..kebanyakannya..
berminat atau tidak..dgn niat atau tidak....sengaja atau nggak...
berada di dalam kumpulan, berada di sebuah perkumpulan...
dimana-mana sahaja....
ku lihatkan, ku nampakkan, mata ku memandang...
manusia kini persekitarannya berkumpul-kumpulan....

di masjid/surau....org islam berkumpul, solat berjemaah...denga ceramah...ibadah korban...

di stadium/gelanggang dan padang... kelibat manusia-manusia beriadah,bersukan...ataupun sekadar menjadi pasukan sorak untuk pasukan lawan dan pilihan....

di konsert2/kelab mlm/pusat karaoke/snooker...manusia itu melalaikan diri dengan hiburan...

di pasar tani/pasar malam/pasar borong/pasar raye....wanita yg mendominasi, lelaki juga tidak kurang hadiri, ingin mencari apa lagi...semuanya dirasakan tidak cukup di rumahnya sendiri...

di kedai kopi/warung/cafe, berkongsi informasi, dari pagi dibawa ke malam, dijaja lagi hingga keesokan paginy pula, berita hangat rukun tetangga...hari ini nk 'bahan' anak bini sape?...

di library/kedai buku...masih ada manusia juga berkumpul ditempat sebegini... mencari,mengumpul,meluaskan ilmu...disamping dapat membaca secare 'free'...scanning saje info yg ade...

di Cyber cafe, desa mahupun kota...penuh bdk skola/remaja/belia/org tua juga...
majoritinya...blogging, facebook,surf chattin...game online/LAN network...itulah aktivitiny...
berkumpul beramai2 tanpa berbual antara sesame mereka...

di bahu2 jalan....
kalau terlihat kelibat ramai manusia berumpul...
samada sekumpulan yg berkonvoi pulang ke kampung halaman...
ataupun sekumpulan manusia prihatin, menonton satu lagak ngeri yg terjadi...
'kesian org tu...patah kaki die...'
tp bile ade kenderaan rosak susa plak org nk berenti tgk ramai2...

dan aku sekarang....
juga dicelah2 umat manusia...
juga berkumpul-kumpulan....
namun,aku juga umpama keseorangan...
memerhatikan mereka....
manusia dan berkumpul-kumpulan...

yeah, masa da time....aku perlu berkemas pulang....

Sunday, October 11, 2009

Ku dambakan Kejayaan Seperti Insan Ini

Ucapan tahniah ku dahulukan untuk saudara 'Ahmad Zaharin Aris' kerana menerima ijazah doktor falsafah dalam usia yg muda iaitu 26 tahun, sekaligus ditabalkan sebagai penerima PhD termuda UMS...

petikan dari http://www.bharian.com.my/ bertarikh 11 oktober 2009

"KOTA KINABALU: Seorang pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) yang muncul sebagai penerima paling muda Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini semalam, tidak menyesal menolak tawaran melanjutkan pengajian di luar negara dan sebaliknya berbangga dengan ijazah universiti tempatan.

"Walaupun ada yang menyatakan saya rugi kerana tidak menerima tawaran ke luar negara, saya tidak pernah menyesal belajar di universiti tempatan, malah saya berbangga kerana mengambil PhD di universiti tempatan," katanya ketika ditemui pada Konvokesyen Ke-11 UMS, di sini semalam.

"Saya gembira meneruskan pengajian di UMS dan menghabiskan pengajian kurang tiga tahun. Walaupun dibebani kerja sebagai pensyarah di UPM dan terpaksa berulang alik ke Sabah, pengorbanan itu akhirnya berbalas juga walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga," katanya yang turut ditawarkan jawatan pensyarah kanan di UPM.


kenapa aku perlu berbangga ngan orang ini?

1. die org melayu, Islam, lelaki, muda.......sgt2 memberi motivasi utk aku berjaya sepertinya

2. die pensyarah di UPM....aku student UPM, so kire ade corelation jgk lah hee, IPTA tempatan tuh...UMS

3. die sgt2 bersungguh2 dalam menjalankan 'research'... sudah menerbitkan lebih 11 article dlm journal...aku nk siapkn satu paper pon, mkn mase setahun lebih...ish,xble jadi nih...its a challenge for me...

4. kejayaannya sgt 'noble'...tp bkn noble prize lah...tp mgkn ble jadi jgk nnt,insyaallah....disaat kaum dan bangsaku hanyut dgn hedonisme nih, masih ade org melayu yg dikire 'umphh' pencapaiannya....

ya Allah, izinkan aku mengecapi kejayaan seperti
'Ahmad Zaharin Aris' ini...amin....

yo go go chaiyok....research!!! research!!!

i can do it....be nike, just do it......yeahh

Saturday, October 10, 2009

rindu serindu rindunya... memoria noltalgia elektrikal dua

REUNION E2 - smttj batch 2001/02
cam nak nangis aku rase....
da sebulan da pon berlalu peristiwa nih
tp bg aku ianya sgt bermakna
lebih gembira dari perasaan dpt dean list rasenye hee....
lebih gembira dr dpt dating ngan awek (em ade awek ke aku nih???)
papepon, aku sgt gumbira...after >7 years tak bejumpa...
dan malam nih, masih segar dibanakku....
masih rewind lagi dimindaku...
ahaha....jelesnye aku pada diriku sendiri...

cubaan untuk bercinta lagi

sekeping hati yg bertampal koyok itu tidak semestinya hati yg sedang dalam doka & kiciwa...

agak suram jugak blog aku nih....
even hari2 men tenet...
bnyk ceritera ingin dikongsi....
tp bnyk juga merapuny nnt ahaha....
blog blog blog...
skrg nih bc blog org len lg bes....
nk menulis kt blog sndr....emm....
its take efforts....a lot of efforts....lg2 org pemalas cam ko...
hihik...

ingin bercinta lagi...
nk cr yg cane lak pas nih?...
umur da makin lanjut, nk cr pasangan hidup
cam terlalu awal plak...
bnyk hal ehwal yg perlu diperbaiki...
lg2 dlm keadaan aku yg sebegini...
wat org menambah koleksi cerite panas jek....
so...
cane projek 'cubaan bercinta lagi'...?
ntahlah...bru je miss sorg awek...
bertudung dan berlesung pipit...

Wednesday, September 2, 2009

Reunion + Majlis Berbuka Puasa

bnyknye jemputan majlis berbuka puasa...
alang2 tu, msg2 nk wat reunion bersama...
setakat ni, ade 4 reunion yg perlu aku hadiri...

1st: 29august 09....reunion utk SAMSML...sekolah mengh aku dulu...lower secondary...

2nd: 4sept 09....reunion bebudak sekolah rendah dlu...igtkan mcm xde la sgt sambutannya...
tp ble thn la....

3rd: 5sept 09...ini mmg x bule thn...msg2 bru jumpe kat facebook....terus deal nk wt reunion...
yg xthnny cane organizer bule kmpl >50 person?...wah,mmg salute la lu...(credited for jerry++)
ni reunion STTJ, skola time f4-f5...saat plg best dlm idop aku ade kt memori skola nih...8tahun beb,xjumpe diorg nih...

4th: still reunion....sttj>class electrical 2>batch 01-02 only....ni reunion utk bebudak klas aku...
dan reunion plh mhl pnh aku pegi...hampeh pny white...tp xpe,die pon da bertungkus lumus nk organize sume...hoho...salute jgk kat white nih...even dlu time skola xdla ble pakai sgt keh keh...

then yg len majlis berbuka cam biasa la...

institut punye....math depatment punye...

malis ngn mmbe postgrad(mostly,majority:foreigner....apela diorg nk sajikan nnt yer?...hurm)


ngan sanak sedare xd plak...

xpelah...itu nnt akulak yg jd organizer heheh...
org pose berjimat, tp aku kali ni berabis sakan blanje...


Tuesday, August 25, 2009

Biological clock...up n down sesuka hati

emm....
penyakit yg masih menghantui hidup aku...

owh my biological clock(B-c)...its turn upside down skrg nih...
org kate kite bule set, tp aku xd ability nk kontrol B-c aku sndr....
even my own body & energy...sometime aku sgt2 enegetic, then kengkadang
nk tido je xigt dunia...sebab tu aku xdpt buat sesuatu yg rutin, ataupun menjadikan sesuatu
perkara/xtiviti sbg rutin...xkesalah samada sosial life aku, budget berbelanja n even my
research...xd ape yg bule aku buat nk center blik...

aku ade sorg mmbe therapist( tp sesi ak ngn die free jek..) yg bg cadangan supaya ak
plan setiap bnda yg akan aku lakukan,sbb ianya mampu kl x dpt setkn B-c ak blik pn, ianya membatu utk rewinding its previous setting...so aku ikt je cadangan die,dkt 3 bln dah kot...since b4 start sem hari tu...em,mgkn disebabkan free-of-charge pny servis,so die bebel kt aku pn ala kadar je lah....em,ak rase stkt nih xd perubahan yg menarik dan positi pn berlaku...same jek...

cam lagi teruk pon ade jgk...sehari tido lebih 10jam, membazir btol...
n kdg2 xbley tido langsung,tp bdn da kehausan tenaga...xbgs jgk...
buat mase nih, kemungkinan yg plg dekat utk masalah ini adalah dr
unsur pemakanan aku sndr...dikala org len memenuhkan dada ngn asap rokok,
yg minum todi, aku plak saturated myself with a lot of MSG stuff...n fastfood...
n sampai skrg aku xdpt hentikan tabiat nih...especially MSG...addicted...sampaikan aku buat laukmkn ngn nasik...

ahaha...dlm2 menulis blog nih ade jgk baiknya....
atleast ianya memberikan idea spy aku krgkn MSG dulu heheh
bgs2....sblm nih aku pikir akibat dari 'jiwa kacau', 'dilema diri', dan sifat karut marut aku nih...
yup, thanx goodness, thank you ALLAh...
gimme this little brain....

Bulan Ramadan menjelang tiba

ahlan wasahlan ya ramadan...
hr ni dah 4 hari umat islam di malaysia berpuasa wajib(negara len xsure)...
salam berpuasa untuk masyarakat islam yg ingin berpuasa/sedang berpuasa...

bulan ramadan juga dikenali sbg bulan kerahmatan, bulan keberkatan dan juga bulan pengampunan...cuma org melayu nusantara memberi satu label lagi iaitu bulan puasa...
sbb tu ade yg xpuasa,sebab bulan yg puasa bkn orangnya...kui kui...

lame da xjenguk blog sndr...bnyk prkara yg nk direpotkan xtertulis disini...
tp nk wat cane, bnyk keje (including tido) len lg bes dr merepotkan aktiviti diri...

antara aktiviti yg buleh diringkaskn utk bulan ogos:

3-4 ogos: meeting with supervisory comittee (research pny hal lah nih,pastu smpi skrg ak x update lg)
13 ogos: WELCOMING CEREMONY FOR NEW STUDENTS
(kene wat persembahan amal lah plak)
14-18 ogos - g UTM, melawat saki baki mmbe yg ade kt sane... ( dpt jumpe : zamer,arip,yus, tapau,huda,diyana,saberg, izhem,hadi ya a ow, da burn...dll)

em...tu je lah event yg bkn rutin...yg aktiviti len xpyhlah...ahah,kebun...jarang2 suda aku melawat kebun skrg...dtg petik cili jek...nk meracun menebas,uih....kne gune tenaga tuh...
kehausan plak aku nnt,air paip menjadi saksi...huh...




Monday, July 27, 2009

Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri

tidak ada yang boleh menggaru gatal kulitmu,
sama seperti kuku tanganmu sendiri,
sebab itu buatlah olehmu sendiri,
segala kerja tanggungan dirimu
- Zaab
a

memang benarlah lontaran kritikan dan kupasan Zaaba...memang aku kne bergantung kat diri sendiri untuk berjaya...mungkin ade org blh berjaye dgn 'Cable besar' or 'lesen Agong' ny...tp mcm mane pon , hidop aku ttp kne bergantung kat diri sendiri...

minggu ni mmg bnyk dugaan... payment GRF aku xdpt bulan nih disebabkan borang tertentu tak disahkan...

staff: dik, borg adik ni xlengkap...sbb tu kami x luluskan payment GRF
aku: tp knp x maklumkn kat saya?....sy xdpt pape info pn..
staff: kami dah emel notification kat adik, xbc emel lah tu!!!
aku: hah?...hr2 sy bc emel sy, xd pon...
staff: ade... nk kontek no fon kamu x sertakan...kami guna emel jelah...
aku: (em...okeh)

dalam hati aku penuh sumpah seranah dah...emel je?...kan kat student prtal aku ade siap alamat umah, nofon aku, emel...then knp x maklumkan kat institut jek...sbb borang tu institut yg uruskan...ilang mood aku satu hari satu malam...tido awl...sakit ati sakit kepala...

tp bgn pagi aku dah relax sket...mmg camtu pon staff GSO, takkan ko tak paham..(pujuk aku sndr)..selama 3 semester aku berurusan ngn GSO, jrg dpt layanan yg bes(except aku mintak bpk aku campurtangn..)....bila bapak aku tlg uruskan, drpd perilaku sumbang terus jadi manusia yg prihatin staf2 tersebut...hampeh...aku dah kire bergantung kat org dah nih...

tapi masalah2 yg melanda insan itu,mmg bnyk hikmah disebaliknya...aku percaya dan aku kene percaya, there's no such thing as bad luck...cume ape hikmahny, blom pasti/tahu lglah...
asek merungut bring us nowhere...life like that...so show must go on...a lot og things to do...but still terkilan my rm1.5k disappeared....huhu....






Wednesday, July 8, 2009

Government canceled out PPSMI

Rentetan pelaksanaan PPSMI

Julai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara."

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.

sumber asal: http://www.malaysiakini.com/news/108063

Sunday, July 5, 2009

HitAm dAn KeLAbu

bila ditanya kepada orang ramai berkenaan kebaikan dan keburukan, pasti majoriti manusia akan menjawab: saya pastilah memilih untuk kebaikan...namun realiti masyrakat kita sekarang tidaklah begitu kerna, bukanny ingin nk menuduh manusia suka melakukan keburukan(hakikatnya begitu), namun disebalik kebaikan yg dipilih itu terdapat kelemahan yg secara tersiratnya menjadikan manusia mengabaikan kebaikan...

sebagai cth, kempen berkongsi kereta adalah suatu kebaikan kerana boleh menjimatkan penggunaan petrol seharian,dpt bersosial dgn rakan2, dan juga mampu mengurangkan kadar pencemaran udara... namun disebalik kebaikan itu, selaluny tidak membawa keuntungan...keuntungan kepada tuan punya kereta...

begitu juga kempen 'tak nak' merokok...sgt2 memberikan kebaikan, namun kenapa fokus kepada penghisap rokok yg sedia ada ketagihan...kenapa tak tutup terus kilang pengeluar rokok?...sebab tak membawa keuntungan...biarlah org len mati sebab asap rokok pon xpe janji kroni2ku untung giler babeng...ahakz...

itulah warna warni malaysia...padahal kaler yg ade cume yg kelam2 jek...hitam, kelabu taik anjing, coklat taik kucing, hijau taik lembu...hooooooooo

keep on rockin with morals


I see a woman in the night
With a baby in her hand
Under an old street light
Near a garbage can
Now she puts the kid away,
and she's gone to get a hit
She hates her life,
and what she's done to it
There's one more kid
that will never go to school
Never get to fall in love,
never get to be cool.

ps: kenapakah kejamnya manusia?...sebab keadaan tertekan dan keimanan tandus..nauzubillahi minzalik...jauhkan dan selamatkan aku dari dosa ini ya Allah...seram....

Monday, June 8, 2009

INSPEM 7th anniversary

there is a thin line between....


emm...this pic...aku perform ngn Dr Hishamudin(gitar merah) and hossein( violin)....
lagunyer?...em...cover song :standing in the eye (ella) and gemuruh...-wings/search?...nahh..gemuruh baru pny, faizal tahir hoho...

ntah mengapa aku sgt berminat dgn music...instrumen pilihan?...semestinyer gitar...
knp?...actually, aku nk men violin or piano, tp kosny agk mhl utuk blaja..so aku prefer gitar jek...2pon blaja sndr2...

23mei 09- aku melangkah lebih dewasa melalui angka umurku meningkat lagi satu....mengikut janjang aritmetik n+1 hoho...yeke?...blasah jek...ape adiah aku dpt?...yeah new electric gitar+ zoom g1X effex...adiah utk diri sndr heh....

aku sebenarny agk meluat tgk artis2 nih, sbb ape ek?...mgkn lebih kearah saintis...hurm...
but, artist n musician sometimes they are not the same thing...

musician create the sequence of music, truly devote their life for making a great music...
but artist?...emm...talented at art but not necessarily smart...for me there is a thin line between musician and mathematician...i love music and i love mathematics...at the same times....
i need both...n then my life will cheer up day by day....ahaha...thanx Lord, gimme such not too talented, not too genius at all...but okla utk tersenyum...syukur....

and now...i have music...i have mathematics...what i need to do rite is thinking...
lot and lots.....for my research...chapter 1 coming............

bloggggggggggggy....

em,bru jek siapkan abstract utk SKSM17...
bru abstract jep, blm full paper lagi nih...
hopefully my advisor approve it...
yeah....2 day & a nite of works...(not actually working)....
+ mafiawars; agen yahudi yg melalaikan manusia mcm aku nih...
emm...ya Allah, selamat jiwa ku ini...
asek2 jiwa kacau....tak tentu halau....
semoga keadaan aku yg tgk single nih membuatkan hidupku lebey ceria...
yeah....no women no cry...what the....umah aku da penuh org pompuan,so aku stil bule crying huhuu....

paper...paper....em,thanx to Allah, the most powerful, allowing to get an idea
for my reseacrh....and the preliminaries result...
yeah, kne cargaskn minda...skrg nih da bnyk sgt bnd2 yg elok melintas dlm hidup nih....
saturated my stomach with MSG, preservative ingredient, carbonate but not carbohydrate...
ahhh....cafein that make my head wanna blow out....urgh....but still....it is fun for being myself...

musical muzika....my life stuck into it....ooooooo suck...

just love the music...i'm music lover....
i cant help it out of my yard...coz i dont even have a yard...ahakz...
kiddin...
what kind of music they play?....
nah...too much...too bright....too powerful...
too genius for me to describe their music...
i just love it...
keep a good work guys....i'll support u all...
by downloading legaly illegal mp3....
from the other world....hoho...

Monday, April 6, 2009

Bacalah...dengan name melayu???

Al-'Alaq;1-6

1. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan.
2. Ia telah menciptakan manusia dan segumpal darah. 3. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah.
4. Yang mengajar dengan pena.
5. Ia mengajar mauusia apa yang tidak diketahuinya.
6. Ingatlah! Sebenarnya manusia itu bersifat melampau dan takbur.

subhanallah...bnyk kali aku baca verses awl surah ni...amat memberi peringatan, terasa diri sgt lemah,dungu,dengan keangkuhan dan kebejatan yg ade dlm diri...setelah itu, ku lhat sekelilingku, ibu bapaku, adik2 ku, sanak sedare ku...rakan2 yg same belajar dan membesar...
bangsaku...sebahagian besar dr mereka tidak minat membaca...dan dgn itu, ilmu yg diperoleh rminy berlandaskan logik akal yg tak seberapa...berdasarkn pengalaman sedia ade saje...
bile ditanya...antara alasan mereka...

1. aku bab2 membace ni kureng sket...tp klo suro mengire no hal pny...
2. aku da keje skrg, membace ni zaman stadi dlu ble la...skrg ni bz la...bnyk nk pikir..
3. bace nk watpe...bkn ble wat aku kaye..baek aku usha projek bru, kot2 dpt tender riban2...
4. etcetera...bnyk lg la...korg try la tny plak...

aku pn beralasan sebegitu, hampir 20thn pertama hidupku...sgt mls membace..mgkn sbb budaya,mgkn sbb pengaruh rakan sebaya dan org tua...mgkn yg selainnye..namun apepun alasanny, kini aku bagaikn bru tersedar...penting membaca kerna...ilmu yg akan diperoleh...
membaca memberikan maklumat, dan maklumat itu perlu diproses oleh individu itu sendiri...
oleh itu utk membudayakan ilmu dlm masyarakat,mestilah mebudayakan tabiat membaca...

aku ade terbace dr satu majalah menulis bahawa robert m hutchins (former-presiden/chancelor of University of chicago) mengkagumi tradisi ilmu yunani : 'di Ahens, pendidikan bukanlah satu kegiatan yang terbatas pada masa, tempat dan peringkat umur tertentu. pendidikan adalah matlamat utama masyarakat. Manusia di Athens dididik oleh paideia (budaya).'

bandingkan dengan masyarakat melayu kita...politik,sosial,ekonomi...semuany berpecah belah, menjuruskan kepada keuntungan yg cepat sahaja, tak kesah halal haramny, asalkn cepat kaye...
politik menaburkan pembangunan sebagai jalan penyelesaian masalah, tp pembangunan yg mane?setakat repair longkang tersumbat...otak masyarakat yg tersumbat tak nak pikir...media bagi maklumat palsu/bias...membiarkan org bodoh mentadbir dan memperbodohkan yg sedia ade bodoh...

socrates menyatakan bahawa 'semua kejahatan berpunca daripada kejahilan'...eh yeke? ade je org pandai2 wat keje jahat...ye btul..tp sbb ape diorg wat keje jht? socrates menyambung dengan menyatakan 'tanpa ilmu yang sebenar, tidak mungkin amalan baik itu dapat dilaksanakan'. Ilmu sebenar disini, sebagai org islam ialah pentarbiyahan seseorg itu...perlu dididik dengan ilmu kebenaran daripada anjuran Ilahi...disemai dengan logika akal yg suci, nurani serta boleh menerangkan jalan kehidupan sendiri dan org2 sekeliling....

melayu...sampai bile kita mahu layu...bendera parti melayu berkibar, tp ilmu kaum kita? adakah tersebar?....Bacalah...dengan name melayu...adakah mampu melampiaskan ilmu...atau sekarang umpama pepohonan layu...

Wednesday, April 1, 2009

Yahudi(jewish) - bangsa paling berkuasa kini

emm..
assalamualaikum..
pg2 ni ade gak idea nk menulis...
psl yahudi..

aku ade terbace satu article dr page http://home.comcast.net/~neoeugenics/poj.htm,
yg mane article ni summarize cite org2 yahudi...agk menarik jgk, dpt la sedikit ilmu, yg mgkn dpt aku gunakn utk memajukan diri,famili, bangsa aku sendiri kalau buleh...

mengapa mereka begitu berkuasa...dan satu bangsa pn yg hampir same ngn mereka dr segi kekayaan..drpd article tersebut menjelaskan bhw, kekayaan bangsa yahudi ini tidak hny tertakluk kpd duit shj, malah kaya dari pelbagai bidang2 yg advance; seni,sains,sosial,politik etc...

bangsa melayu? ade jgk yg kaya dan berjaya, namun ramainy mkn kaya ngn roti jek..sedey jgk...
kelebihan org2 yahudi ini mmg diakui oleh Allah sndr melalui Al-quran yg suci, dimana mmg bangsa ini dr segi sejarahny bangsa yg hebat dan terpilih...namun setiap kelebihan yg diberi pasti diimbangi dgn kalau tak bnyk pn, sedikit kelemahan...iaitu kebongkakan dan keangkuhan bangsa yahudi...walaupun begitu, kelemahan mereka seolah2 kini menjadi senjata yg sgt hebat...sampaikn mampu menangkis doa2 para ulamak yg mane logik org melayu,doa2 oulamak ini amat berkesan...biasela,org melayu kan...bc la article tu,sgt2 menarik..

kemudian, aku search kt wikipedia...
Category:American billionaires
dari sini, aku tgk name2 yg tersenarai...ramainy org2 yahudi...kini fenomena tiga serangkai iaitu kejayaan-kekayaan-yahudi (succesful-wealthy-jews) adalah seolah2 perlu utk individu mengecap kebahagian dlm hidup..setakat yg aku bc, mmg patut pn jarak antara yahudi ngan non-yahudi (gentiles) sgt2 la jauhny....dr segi ape2pn..sehinggakn agama pn, diorg lg alim dr org2 Islam ramainy kt malaysia nih..aduyai...

ok then..nx tym lah...nk msk keje suda...

Pembunuhan pertama dalam sejarah manusia

lebih sepurnama lameny aku x jenguk blog nih...asbab dari kesibukan menguruskan kerja dan belajar...research dan seumpanya...dan kini masih lg sibuk dgn bebanan dunia...

rasenye da hampir setahun cerite ini aku simpan...tak teringat plak nk post kt blog ni...
kisah teladan habil dan qabil, pertumpahan darah yang berlaku antara dua lelakibersaudara...
pembunuhan pertama dalam sejarah manusia...

ape yg menarikny kisah ini bg aku ialah bagaimana flow cerite ini, bagaimana setiap plot yg disusun Yang Maha Mengetahui utk menggambarkan betapa lemahnya insan...samada baik atau jahat, cantik atau buruk, soleh atau ingkar...segaleny lemah kecuali yg Satu...aku amat terkesan ketika qabil terpinga2, tak ketahuan, untuk menyelesaikan masalah penyembunyian mangsa bunuhnya itu...

aha, manusia ini bukanlah hebat sgt dgn akalnya...namun kuasa akal inilah yg mendorong manusia supaya berfikir...berbalik kpd kisah habil dan qabil...kisah ini memaparkan bkn sahaja nilai dan moraliti...namun bagaimana penyelesaian masalah itu dilakukan iaitu bknlah hny berharap kpd pikiran sndr....alam ini sgt2 membantu untuk kite menyelami setiap 'sebab dan akibat' yg telah ditulis....kerna kita bukanlah sedang melakar sejarah kerna sejarah itu yg berputar semula...lembaran luh mahfuh telah tertulis, bermakne sejarah telah tertulis, dan kite pelaku sejarah itu...kite hny mengulang sejarah itu sndr...

ahh...kepeningan yg berterusan menyebabkan aku rs nk membebel yg semcm ini...
letih dgn karenah manusia, samada baik dan jahat...kebenaran masih jauh drpd kelompok masyarakat yg aku gauli...

blues untk aku...suda penin wat repot...rase mcm nk...nk pe pon xtow...

Wednesday, February 11, 2009

Penerapan 3M dan realiti budaya melayu kini...satu tinjauan

Kemahiran 3M ialah menulis, membaca dan mengira. Sedari kecil masyarakat melayu khasnya, dididik,diajar, diherdik oleh cikgu dlm memenuhi tuntutan 3M ini. Penerapan kemahiran 3M sgt dititikberatkan dgn harapan agar dpt membentuk ank2 kecil melayu kita sekurang2nya klo tak pandai pn, ade jgklah kemahiran asas ini utk mereka meneruskan hidup.

Berdasarkan penelitian aku, kemahiran menulis dan membaca adalah sgt baik dikalangan masyarakat melayu...ini dpt dilihat dgn memerhatikan suasana di kedai kopi sekalipn,rminy sdg membaca( srt kaba cthny..)... begitu juga dgn aktiviti menulis, masyarakat melayu majoritinya setuju akan betapa pentingnya kemahiran menulis dan membaca ini...namun utk kemahiran 'mengira' agk berlainan sedikit... semakin usia meningkat, pembelajarn mengira ini menjadi semakin kompleks dan abstrak...smpikan rmi yg mempersoalkan, ape guneny ilmu matematik ini??aku bkn gune pn semua rumus2 dan formula ni?...persoalan ini sering menerjah aku, kerna aku merupakan org dlm bidang matematik...aku pn tak mampu utk menjawab semua persoalan yg diajukan....

Disini bermulalah episod kajian tinjauan scr rambang yg aku jlnkan sndr...dan ini bknlah kajian formal,cme kearah kajian intelek utk diri sendiri...walau bagaimanapun, semakin aku lakukan tinjauan, aku bkn hny tak dapati jwpn kpd persoalan "mengapa bljr matematik?", malah semakin bertambah persoalan di benakku...

-ramai yg mengakui akan kepentingan kemahiran membaca dan menulis, dan ramai juga yg keliru dan celaru akan kepentingan kemahiran mengira selain drpd 4 operasi asas yg dipelajari... aku setuju dan inilah fakta utk bangsaku...namun yg aku ingin persoalkan, mereka mendakwa kemahiran menulis dan membaca sgt penting, namun apakah mereka itu suka membaca...suka menulis??? budaya membaca dalam masyarakat melayu....emmm...hanya keluh kesah yg dpt aku nyatakan...penulisan ilmiah jg sgt krg dibandingkan dgn penulisan sampah ( gosip, artis, model, agenda politik, dll) dan ironinya lambakan penulisan sampah inilah yg menjadi ssajian masyarakat melayu yg mendakwa betapa pntgnya kemahiran membaca...-

Aku jg bknlah dilahirkan dgn budaya membaca,bkn jg minat dr kcl utk membaca, cuma kini aku tersedar bhw betapa ruginya 22 tahun pertama hidupku, dibazirkan dgn aktiviti yg....emmm...mmg sampah....kini aku mula memdidik diri utk membaca,membudayakan membaca, dan ingin mengajak separuh dr masyarakat melayu membaca... barulah kemudiannya kita blh mencari jwpn apakah gunanya ilmu mengira itu....

Wednesday, February 4, 2009

Prinsip seseorang pendidik

Bbrp hari kebelakangan ini, aku asyik m'baca buku falsafah pendidikan, sgt menarik. Sbnrny buku ini adalah teks yg digunakan ketika aku blaja subjek falsafah pendidikan dulu, 2004 kot seingat aku…ketika menuntut tahun pertama di UTM. Yg peliknya, segala keseronokan, perasaan ingin tahu,ghairah, teruja dalam aku membelek2 buku ini tidak pula aku rasakan dulu…mula lah aku merungut, kenapalah tak dari dulu aku dapat memahami spt mana aku dpt fahami ape yg tertulis kat buku ini skrg…but, life’s like that… namun ape yg cuba aku utarakan bknlah mengenai buku ini sebenarnya…

Ape yg aku ingin kongsikan ialah pengalaman aku sbg seorg guru tusyen…pengalaman yg aku dpt semasa b'interaksi dgn bbrp warga pendidik…setiap dr mereka memiliki bbrp prinsip yg mereka bw semasa mengajar…mgkn terbina from years of teaching experiences, or just they born with their own principle…

Ade seorg guru, cikgu chales nameny…ketika ditanya , “knp cikgu tak buat private tuition??? Bayarannya lbh lumayan drpd tusyen centre kn…lgpn u r good on ur subjects”…lalu cikgu chales td menjawab, “perbuatan itu melanggar prinsipnya, prinsip sebagai seorg yg membawa ilmu”… wah, aku tiba2 berminat utk mendengar perbualan diantara mereka… “aik,knp plak…kita dtg rumah org utk mengaja, bkn nk buat something yg x btl…tak gitu cikgu…klo psl bayaran, kita di tuition centre jgk meminta bayaran….”. “ pd saya ilmu itu perlu dicari, nk ilmu kita sendiri yg cari ilmu, bkn ilmu dtg mengadap kita…klo mereka nk sy mengajar scr private, mereka perlu dtg kpd sy, dtg kerumah sy…itu cara sy…”. Em…btl jgk tu…aku tlh menambah sedikit ilmu disini…ilmu itu perlu dicari…bkn mengharap ianya dtg dpn mata…

Dan ketika ini, aku terfikir…apakah aku pny prinsip ketika mengajar??? jika ada, ape ye???....mgkn aku perlu utk mndptkn cerita2 rkn2 sekelas dulu yg tlh ditabalkan sbg guru kini…yeah…utk aku cermin diri, refleksi kendiri...ape2 jelah...utk aku mengetahui ape sebenarny prinsip seseorg pendidik...

Monday, February 2, 2009

signboard menarik






SUdoku...obsesi logik minda???


Pernah main sudoku? Berminat dengan sudoku?

kalau mahu bermain atau berminat untuk mencuba, terlalu banyak laman web yang menyediakan permainan ini secara atas talian mahupun yang boleh dimuat turun...juga blh didapati di kedai2 buku...

In sudoku there are only a few basic rules.
You have to fill in the 9x9 grid so that every row,
every column and every 3x3 box contains the numbers 1 through 9,
which means that there cannot be repeated numbers in any row,
column or 3x3 box.

tak perlukan pengusaan trigonometri, algebra, geometri....just pensil,pemadam dan jari... Namun permainannya boleh jadi sangat susah dan merumitkan...sehingga mampu membunuh!!!!

My advise to everyone...don't waste time with this Sudoku. It titilates and annoys you to death and will remain a constant irritant. It is so childish....How hard is it to count from 1-9...so stupid.

And you will feel stupid...And after reading this you still do it...and you find you can't go to sleep at your regular time because you got this bug up your ass telling you to go back to the dining table where you left this Sudoku half done....go bang your head on the wall...

And after this you see yourself going to the bookshop to buy a Sudoku book...well, you can then remenisce about what and how life was before Sudoku....

Just like that Rubick cube when it first came out...this Sudoku will haunt you, if not kill you ..It is so addictive .."

Kepada sesiapa yang belum bersudoku, sila teliti nasihat diatas sebelum mengambil risiko...sebelum segalanya terlambat...sebelum anda merasai penyesalan yang amat sangat... welcome to the club...i'm sudoku-addict...kalau berani trylah....

Hembusan nafas yang tak sempurna...


Bayangkan anda memiliki sebuah motosikal…biasalah pada mulanya barang baru,memang ‘performance’ die tip top…namun setelah sekian lama mula hadir satu demi satu masalah, seketul seketul ‘cover-set’ pecah dan patah….musibah dan musibah dan musibah….kalaulah tak dijaga begitulah akibatnya…

Sekarang anggaplah motosikal anda itu hanya ada satu masalah yang rutin iaitu kerosakan berulangkali palam pecucuhnya, ataupun ‘plug kong’lah senang cerita…tiap minggu 3 kali plug moto kong…nk gi kelas/sekolah/tempat kerja/pasaraya/ pasar malam/kelab malam pun susah…(nak pegi masjid tu memang sangat susahlah walaupun plug tak kong)…

Apa perasaan anda??mesti berangin satu badan, minum air cap kaki tiga pon tak reda kehangitannya… mane taknya, sekali ganti plug ~RM5. Seminggu dah 3 x RM5 = RM15…sebulan dah 4 x RM15= RM60…
Penyelesaiannya??? Buang je moto tu ke lombong; jenaka kawan terdekat kita biasanya begitu…tapi masalahnya kat plug takkan nak buang moto,sayang….kalau berterusan 3 bulan, memang rasa membazir sangat2…tapi masalah tersebut boleh diselesaikan….betul tak…

Kisah ini hanyalah analogi sahaja…iaitu ‘anda’ ialah roh yang memiliki tubuh yang dilakarkan sebagai ‘motosikal’….dan masalah spark plug tersebut sebagai???

Ya, sebagai rokok….ya,ini kisah analogi seorang perokok….oleh itu kepada sesiapa yang tak merokok, janganlah membenci perokok2 tegar…fahamilah perasaan mereka ini…didiklah,asuhlah, ajaklah mereka meninggalkan tabiat itu…kerna jika dibiarkan, asap ekzos yang mereka hembuskan itu mampu membunuh anda lebih cepat daripada asap ubat nyamuk…kepada perokok…lu pikirlah sendiri???
Tak buleh bagi lu pikir sendiri,kerna kamu tidak bisa berfikir sendiri dengan keadaan rokok dijari….

Mulakan dengan berhenti membeli dan mulalah mengepow rakan seteru, dan seterusnya…dikala orang mula membenci pengepow rokok seperti anda, mulalah aktiviti berhenti secara tak langsung…bla bla bla…perangai bergantung pada diri sendiri…

Sampah masyarakat + masyarakat sampah


Yang bergelut dengan ketagihan heroin dan morfin,
Dan pelbagai pil semacam eramin 3,4,5
Yang berpeleseran dan terkinja2 mencari pelanggan di lorong gelap,
Lelaki pikat laki, tak kurang goda orang pny bini dan vive –versa,
Yang merintih meminta simpati atas kekurangan diri,
Dengan tiket OKUnya, memohon sedekah sekitar seringgit dua…
Yang berdisiplin, beratur,pelbagai bangsa,membuang masa
Disekitar bengkel ejen nombor ramalan, tengah ‘cai’ angka keramat
Mereka inilah sampah masyarakat…
Jijik dan hina, perlu dibersihkan oleh orang2 suci dari majlis bandaraya…
Mencemar pemandangan kota dan mata pelancong dunia…
Ya…mereka inilah sampah masyarakat…

Dari sudut yang lain, terdapat pula orang dari golongan yang digelar ‘bernasib baik’
Namun sebaik manakah nasib mereka??
Benarkah hidup ini nasib sahaja…??
Dapat kerja nasib aku lah??menang bola dapat gol nasib??nasib baik aku tak eksiden??
Adakah takdir yang telah sekian lama tertulis di lautan buku catatan itu juga berdasarkan nasib??
Golongan yang ‘bernasib baik’ ini membuang sampah merata-rata…

Yang hisap rokok,dimanakah letak abu dan puntungnya???
Yang membakar sampah dan gas rumah hijau kemanakah dihalakan asapnya???
Yang terkencing terberak dengan sisa-sisa makanan dari pasar pula dimana tongnya???
Yang menyalurkan toksik sambil mencuri signboard ‘cintailah sungai kita’…dimanakah dialirkan airnya???

Selayaknya mereka inilah masyarakat sampah….yang menggelar dan menyelar sebahagian golongan lain sebagai sampah masyarakat….namun manusia tetap manusia….salah dan silap, sedikit yang buat tapi tak sedikit yang tanggung….caci dan maki, banyak orang yang rugi tapi tak banyak orang yang untung…

Guru yang matang

Terkenang lagi mase mule2 berkenalan ngan masyarakat pendidik dan bakal pendidik…paling aku ingat bile ramai yg dengan gelak tawa mengatakan aku ni seorg yg tak matang,perangai mcm bdk kecik, weirdo, pelik dan jelik…cume x sampai tahap nerd jek hee…knp aku kne igt benda ni??sebab sampai skrg aku masih tak paham ape yg dimaksudkan oleh mereka2 itu dgn “matang”?...

Adakah perlu membelek,menyelidik ape yg berlaku dgn dunia gosip hiburan itu dikatakan matang??
Adakah dengan mengetahui port mane nk berkaraoke, bagaimana nk berpicthing itu dianggap matang??
Adakah dengan pandai bermain bowling,ke panggung wayang,bersnooker,berclubbing itu matang??
Ataupun aku perlu mempunyai beberapa koleksi pornografi dan bahan lucah, atau bahasa lembutnye koleksi ‘blue’ untuk digelar matang??

Matang??...ape yg cuba mereka2 katakan tak sampai kpd benakku kerna mereka2 itu tak mendefinisikan pule gimana maksud sebenar matang itu???

Matang?? Ape yg kamu tahu makne matang??

Adakah aku perlu menjadi se’nerd’ yg mungkin??
Adakah aku perlu menghafal seberapa bnyk fakta dalam buku kimia organik dan dpt A baru digelar matang?
Ataupun aku perlu memiliki gaya kepimpinan,pandai public speaking dan tingkahlaku kelam kabut dengan berita2 sensasi daripada kak Mas dan staf di fakulti?

Aku menerima kritikan dan komen org lain mgkn dgn perasaan yg marah, perasaan yg tidak sedap dihati,tp aku pasti memikirkan ape yg dikatakan mereka2 itu…bahasa mudahnye bermuhasabah diri..

Setakat ni, yg menganggap dirinya lbh matang drku tak ubah pon sebenarnye…pengamatan aku mengatakan begitu…analisa dari kehidupan mereka2 itu menunjukkan sebahagian besarnye tidaklah sematang mane…mulut kate begini namun gerak tubuhnya melakukan begitu…kadang kala aku rasakan aku lebih matang dalam berfikir dari mereka2…

Tak caya???tepuk dada tanya selera??tidaklah,tidak perlu begitu…tepuk dada tiada gunenye…lebih baik hantukkan kepala dgn buku teks Calculus ataupun buku tulisan Hamdy A Taha,mgkn memberi lebih manfaat (disamping sedikit mudarat)…Berapa ramai mereka2 itu ketika sesi ‘presentation’ mengatakan perlu lakukan itu dan ini, ketika habis sesi latihan mengajar mengatakan tlh berjaya mendidik anak murid dgn ilmunya???namun, dalam real life mereka, bak kate prof ismail kailani, tak nmpk the beautiful of math nyer….tak terzahir keberkesanan ilmunya…

Ape yg si mamat ni merepek??adakah anda berkata begitu??tak mengapa…jgn ditanya mengapa…ia memang begitu…

Karma police, arrest this man he talks in math…he buzzes like a fridge,he’s like a detuned radio…
Terngiang2 aku rangkap ni seolah2 ramai yg tak puas ati ngan diriku ini…

Ku harapkan,ku doakan kpd guru2 semua…..
Didiklah anak bangsa kita….dengan ilmu…bkn dengan adat melayu
Ajarlah anak melayu kita….dengan bersungguh mengajar…utk membuang sikap kurang ajar…
Bangsa kita diambang kehancuran…didiklah mereka dr orang menjadi manusia…yg berguna…
Semua bermula dari aliran pemikiran dan kesahsiahan kehidupan guru yang mengajar mereka…

brand new one...huhu

i create this blog, actualy recreate...huhu...
my previous one was...huhu...sedey la nk cakap...
penin2 lalat plak jd page nyer...
n now, daku bermula kembali dengan nada yg lebih baru daripada dahulu...
yeah...

bbrp artikel/nukilan terdahulu, dipost kembali...taksemua pun...
yg best2 jek hee...aku rase la best, korg yg bace aku nggak tahu...

Puisi Garapan Ke Bulan

Hoorey…anugerah monitor telah berlalu, tidak tergendala…
Akhirnya berjaya juga si saintis negara di’artis’kan dirinya….
Menjadikan realiti angkasawan kepada fantasia ‘ungkasawan’

Bukanlah salah silap media dan wartawan yang kaku dan dungu…
Namun dalam hidup ini kita diberi pilihan, dan dia telah memilih melodinya begitu…

Ianya adalah sebagai titik permulaan, batu loncatan, sumber rujukan…
Moga dapat dijadikan pedoman, tauladan dan pengajaran…
Supaya ahli akademik di bidang dengan pelbagai kepakaran yang lain …
Juga dapat mengikut jejak si saintis kacak dan tampan…
Meletakkan martabatnya setaraf golongan ‘gosip-gosipan’…
Disamping memberikan ceramah motivasi dan kata dorongan…

Aku juga tumpang bangga dan gumbira…
Dengan si dia, saintis hero bangsa…
Ahh…aku bangga…bangga…bangga…
Juga kaumku, budayaku,bangsaku,negaraku…
Owh syeikh orang melayu…

Nukilan : Muhammad Asyraf Asbullah, 10 Nov 2008