Monday, February 2, 2009

Hembusan nafas yang tak sempurna...


Bayangkan anda memiliki sebuah motosikal…biasalah pada mulanya barang baru,memang ‘performance’ die tip top…namun setelah sekian lama mula hadir satu demi satu masalah, seketul seketul ‘cover-set’ pecah dan patah….musibah dan musibah dan musibah….kalaulah tak dijaga begitulah akibatnya…

Sekarang anggaplah motosikal anda itu hanya ada satu masalah yang rutin iaitu kerosakan berulangkali palam pecucuhnya, ataupun ‘plug kong’lah senang cerita…tiap minggu 3 kali plug moto kong…nk gi kelas/sekolah/tempat kerja/pasaraya/ pasar malam/kelab malam pun susah…(nak pegi masjid tu memang sangat susahlah walaupun plug tak kong)…

Apa perasaan anda??mesti berangin satu badan, minum air cap kaki tiga pon tak reda kehangitannya… mane taknya, sekali ganti plug ~RM5. Seminggu dah 3 x RM5 = RM15…sebulan dah 4 x RM15= RM60…
Penyelesaiannya??? Buang je moto tu ke lombong; jenaka kawan terdekat kita biasanya begitu…tapi masalahnya kat plug takkan nak buang moto,sayang….kalau berterusan 3 bulan, memang rasa membazir sangat2…tapi masalah tersebut boleh diselesaikan….betul tak…

Kisah ini hanyalah analogi sahaja…iaitu ‘anda’ ialah roh yang memiliki tubuh yang dilakarkan sebagai ‘motosikal’….dan masalah spark plug tersebut sebagai???

Ya, sebagai rokok….ya,ini kisah analogi seorang perokok….oleh itu kepada sesiapa yang tak merokok, janganlah membenci perokok2 tegar…fahamilah perasaan mereka ini…didiklah,asuhlah, ajaklah mereka meninggalkan tabiat itu…kerna jika dibiarkan, asap ekzos yang mereka hembuskan itu mampu membunuh anda lebih cepat daripada asap ubat nyamuk…kepada perokok…lu pikirlah sendiri???
Tak buleh bagi lu pikir sendiri,kerna kamu tidak bisa berfikir sendiri dengan keadaan rokok dijari….

Mulakan dengan berhenti membeli dan mulalah mengepow rakan seteru, dan seterusnya…dikala orang mula membenci pengepow rokok seperti anda, mulalah aktiviti berhenti secara tak langsung…bla bla bla…perangai bergantung pada diri sendiri…

No comments:

Post a Comment