Monday, February 2, 2009

Sampah masyarakat + masyarakat sampah


Yang bergelut dengan ketagihan heroin dan morfin,
Dan pelbagai pil semacam eramin 3,4,5
Yang berpeleseran dan terkinja2 mencari pelanggan di lorong gelap,
Lelaki pikat laki, tak kurang goda orang pny bini dan vive –versa,
Yang merintih meminta simpati atas kekurangan diri,
Dengan tiket OKUnya, memohon sedekah sekitar seringgit dua…
Yang berdisiplin, beratur,pelbagai bangsa,membuang masa
Disekitar bengkel ejen nombor ramalan, tengah ‘cai’ angka keramat
Mereka inilah sampah masyarakat…
Jijik dan hina, perlu dibersihkan oleh orang2 suci dari majlis bandaraya…
Mencemar pemandangan kota dan mata pelancong dunia…
Ya…mereka inilah sampah masyarakat…

Dari sudut yang lain, terdapat pula orang dari golongan yang digelar ‘bernasib baik’
Namun sebaik manakah nasib mereka??
Benarkah hidup ini nasib sahaja…??
Dapat kerja nasib aku lah??menang bola dapat gol nasib??nasib baik aku tak eksiden??
Adakah takdir yang telah sekian lama tertulis di lautan buku catatan itu juga berdasarkan nasib??
Golongan yang ‘bernasib baik’ ini membuang sampah merata-rata…

Yang hisap rokok,dimanakah letak abu dan puntungnya???
Yang membakar sampah dan gas rumah hijau kemanakah dihalakan asapnya???
Yang terkencing terberak dengan sisa-sisa makanan dari pasar pula dimana tongnya???
Yang menyalurkan toksik sambil mencuri signboard ‘cintailah sungai kita’…dimanakah dialirkan airnya???

Selayaknya mereka inilah masyarakat sampah….yang menggelar dan menyelar sebahagian golongan lain sebagai sampah masyarakat….namun manusia tetap manusia….salah dan silap, sedikit yang buat tapi tak sedikit yang tanggung….caci dan maki, banyak orang yang rugi tapi tak banyak orang yang untung…

No comments:

Post a Comment