Hoorey…anugerah monitor telah berlalu, tidak tergendala…
Akhirnya berjaya juga si saintis negara di’artis’kan dirinya….
Menjadikan realiti angkasawan kepada fantasia ‘ungkasawan’
Bukanlah salah silap media dan wartawan yang kaku dan dungu…
Namun dalam hidup ini kita diberi pilihan, dan dia telah memilih melodinya begitu…
Ianya adalah sebagai titik permulaan, batu loncatan, sumber rujukan…
Moga dapat dijadikan pedoman, tauladan dan pengajaran…
Supaya ahli akademik di bidang dengan pelbagai kepakaran yang lain …
Juga dapat mengikut jejak si saintis kacak dan tampan…
Meletakkan martabatnya setaraf golongan ‘gosip-gosipan’…
Disamping memberikan ceramah motivasi dan kata dorongan…
Aku juga tumpang bangga dan gumbira…
Dengan si dia, saintis hero bangsa…
Ahh…aku bangga…bangga…bangga…
Juga kaumku, budayaku,bangsaku,negaraku…
Owh syeikh orang melayu…
Nukilan : Muhammad Asyraf Asbullah, 10 Nov 2008
No comments:
Post a Comment