Wednesday, August 25, 2010

Berita Gegar Gempita

26 Ogos, Kuala Sepang - Seorang bapa kepada tiga anak dijumpai tersepit dicelah dedaunan pokok pisang, berhampiran kawasan Felda Semperit disini malam tadi. Mangsa yang dalam perjalanan pulang dari ponteng solat terawih, dipercayai hilang kawalan terhadap basikal roda tiga milik anak bongsunya itu dan merempuh lori simen yang berhenti ditepi jalan sebelah kedai basikal milik Pak Jawi sebelum menjurus masuk terperosok dikebun pisang tersebut.

Seorang saksi makcik tua, yang rongak empat batang gigi depannya menyatakan bahawa beliau menyaksikan kejadian tersebut dengan perasaan kagum sekali. Makcik tua itu berkata, "Memang dogheh (deras) dio bawak beskal, takdo lampu lak tu...yang makcik kosalkan makcik lupo nak bawak kamera makcik, kalo tak da lamo ado video kek youtube".

Bila ditanya apakah punca berlakunya kemalangan tersebut, pihak pulisi hanya mengesyaki faktor kelalaian. Ini kerana tiada sebarang bukti forensik yang dapat mengaitkan mangsa dengan sebarang motif jenayah. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes naya, namun pihak pulisi tidak menyangkal bahawa niat mangsa pastinya mahu membeli mercun di kedai Hamed,yang terletak berdepan kedai basikal Pak Jawi.

Seorang lagi saksi memberitahu wartawan bahawa mangsa sempat meng'update' status Facebook beliau, dan juga 'tweet' situasi yang dihadapinya. " Saya sempat jugaklah baca dia punya status, ' Ahh, aku eksiden, bodoh punya lori simen, tak nampak aku punya beskal ke?', lebih kurang camtula bunyinya".

Ketua kampung yang kebetulan sedang main meriam buluh pun kaget dengan kejadian tersebut. " Saya punyalah syok nak setting karbait,tiba-tiba....terkejut saya melihat mangsa merangkak keluar dari celahan pokok pisang. Lintang pukang saya lari, terlondeh kain pelikat, ingatkan hantu" .

Manakala ADUN cawangan Sungai Langat pula menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika dijalanraya, lebih-lebih lagi dikala menjelang Aidilfitri. Beliau juga menasihatkan agar penjawat awam dan pesara berjimat cermat dengan duit raya RM500 yang bakal diterima mereka.


Sumber: Berita Gegar Gempita, Tipu sini, tipu sana ms 117

Sunday, August 22, 2010

25-40-63

25, 40, 63

tiga nombor ini,
menarik perhatianku...
sejenak ku berfikir
hingga berjenak-jenak pula
beligat di minda ini...

25-40-63
secret code?
riddle?
puzzle?

sort of lah,
but
it does not
even matter...

ak yg kelam kabut,
mencari masjid sbb masih
blm solat asar,
waktu pon dah nk mgrb
ketika itu...lbh krg 2 minggu lalu
dan alhamdulillah
jmp juga masjid,
smptlah asar,
alang2 lajak tgu mgrb terus

lps berjemaah
maghrib, ade sesi
tazkirah...
emm, x terniat pon nk
denga, tp ntah mcm mane
selesa plak dok berehat
di masjid ni
so, alang2 lagi, dengar lah sebentar...

berkisar sirah nabi,
perjalanan hidup nabi,
rasenye dah berkali2 aku denga
even bkn dr penceramah yg sama
dan kitab yg dibaca
juga dari sumber yg berbeza,
namun intisarinya
kali ini,
dlm ak sedang menghayati
minda separa sedarku membawa
ak kepada alam aku sndr...

pada umur 25 - sekian sekian
pada umur 40 - sekian sekian
pada umur 63 - tamat, wafat

25-40-63
tetibe aku bermonolog
cuba mengutarakan hipotesis
sendiri...

andai kata 25-40-63
merupakan skala tahap kehidupan
ini, bermakna, kita hidup
melalui 4 level,
bg umat nabi Muhammad,umat akhir zaman...

sedari lahir hingga 25 : peringkat belajar cara belajar
25 menjelang 40 : peringkat pemantapan diri
dari 40 hingga 63: peringkat dakwah dan tarbiah diri
63 dan seterusnya: peringkat dimana spt keadaannya bayi

ya Allah, aku dah melepasi period yg pertama...
aku sudahpun melangkaui batasan 25...
dan diusia ini, aku memasuki fasa kedua
sebagai manusia...

hurm, bnykny masa dah abis
tanpa aku peroleh apa-apa
yg sgt berharga...
masa, dunia, jiwa, pahala, harta...
apa yg aku ada???

25-40-63

sgt obses aku dgn angka

sepatutnya mmg begini

"adakah sama org yg celik dgn org yg buta"

sekerat dari potongan ayat suci...

fasa pertama sudah berlalu,takkan kembali
apa yg telah berlaku, biarkan ia berlalu pergi
namun bukan dibiar tanpa sebarang penghayatan, itu rugi
fasa kedua, tidak cukup hny berdoa,
ak harus berusaha, berusaha untuk mengubah diri
menjadikan hari yg mendatang sgt bererti
menjadikan tahun yg mendatang sgt diberkati
sekurang-kurangnya ak lakukan utk diri sendiri

25 hingga 40 :
persoalannya apa yg aku mahu?
apa yang aku harapkan?

kejayaan adalah sesuatu yg dirancang
yg kita sendiri rancang...
u got to serve yourself,
nobody gonna do it for u
Ade yg mencebik, jgn lupa Allah tmpt utk mengadu
ya betul, tp pokoknya aku sndr perlu mahu
barulah kesudianNYA menghulur bantu...

emm, sperti bulih dibuatkan proposal untuk
kajian nih...yeah, tapi sape nk buat???
sendiri la buat... insya Allah...

---nk raye dah weh---

ketika itu,

ayam msh juga berkokok

walaupn jam sudah

kol 8 lebih...

lyn quran se'ain dua pon ok nih...

tak semena-mena,

housemate yg bru kua tandas

fuhhhh...menghembus asap rokok


hoi, ko tak puasa ke?...

> erkkk, almk...lupe lak nk buang hee, kantoi

teruknye, nape ko xpose nih?

> ala,hari ni jek, aku telepas sahur la

sbb tu je...subuh pon da lme ak xtgk ko solat

> subuh?...emm, ak bkn ape, doa qunut x hapal la...

erkk, nk teberak plak...meh tlg pgg quran ni jap...

> eh eh, xble la...ak xd wuduk ni

nape klo xd wuduk???

> mne ble, berDOSA la...ko ni tu pn xtow ka...



amboi, kemain lagi... yg DOSA besar xpose, x solat,

die xreti nk kire...

sbb x buat perkara sunat,

yg wajib abes tebengkalai...

Dosa pgg Quran tanpa wuduk

kemain die melatah,

masyaAllah....


inilah kisah

dr kawan kpd kawan

utk renungan sesama rakan

pemuda beliamuda mudi..

dizaman moden ini...

namun tidak semua

tidak pula sedikitnya...



bagaimana jika anda berada di situasi sebegini,

berhadapan dgn manusia yg tak reti2

tak ditegur, kita sama terbeban

jika ditegur, bertambah hebat die punya alasan...

apa-apapun, utk diri sendiri

sama2lah kita memeriahkan

siang dan malam

dibln ramadan ini...