Wednesday, December 23, 2009

10 Jurus Untuk Berhenti Merokok


Assalamualaikum brade2 sekalian, semoga sihat2 belaka hendaknya…entry kali ini khas buat mereka2 yg bertekad dan bersemangat untuk melakukan hijrah diri (yang hangat2 tahi kambing pon boley), untuk menyelamatkan diri dan persekitarannya dari bahana rokok…dan amnya untuk semua perokok…


Disini daku sertakan 10 jurus hikmat yang mampu membantu anda untuk memulakan gaya hidup yang sihat tanpa rokok…


Jurus 1: Niat

- Setiap amalan itu dimulakan dgn niat, oleh itu sematkan niat dihati mahu berhenti. Niat kerna Allah itu ibadah, boley dpt pahala lagi. Kalau nk lagi ngam, tuliskan dlm nota kecil atau dalam diari anda. Hari-hari berniat ( bkn hny bace niat)…

Jurus 2: Senyap, shhh...!!!

- Untuk peringkat permulaan ( kurang dari 6bulan), selepas pasang niat nak berhenti smoking, jangan diheboh2kan…mmglah kate orang benda baik kena kongsi ngan kawan2, namun berdasarkan pengalamanku, bab nak berenti merokok mmg kene senyap2 dulu…sebabnya syaitan itu terdiri dari golongan jin dan manusia...percayalah kawan2ku, 9 drpd 10 mmbe perokok lain pasti akan mengganggu proses anda untuk berhenti via hasutan, dengkian dll…


Jurus3: Banyakkan Minum Air suam

- Jurus ke-3 nih mmg sgt2 applicable lah utk ape jua tujuan pencegahan/perubatan penyakit… xperlulah diterangkan lebih lanjut…pastikan tubuh anda menerima jumlah air yg secukupnya


Jurus 4: Pelihara solat lima waktu

- Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi org yang khusyuk…untuk jurus 4 dan seterusnya, disinilah bermulanya mujahadah anda untuk berubah…sebab disinilah syaitan2 dari segenap golongan, jin mahupun manusia akan mula mengeji, mengejek, menghina tindakan anda….namun Allah itu maha penyayang, dan sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.


Jurus 5: Berpuasa sunat Isnin & Khamis

- Hikmah melakukan puasa juga amatlah bnyk, nk terangkn pon empunya diri masih belajar perbaiki ilmu dan diri, =)…yang pentingnya, amalan puasa mampu membantu menyediakan diri kita untuk mulakan aktiviti berhenti merokok…

Jurus 6 , 7, 8 adalah tiga jurus berangkai… melengkapi antara satu sama lain….dan ketiga2 jurus ini digalakkan untuk dilakukan selepas anda mengamalkan lima jurus sebelumnya, tidaklah sampai peringkat wajib…cume persediaan diri agak lengkap untuk melaksanakan 5 jurus yg seterusnya….


Jurus 6: Mulakan berhenti membeli rokok

- Stop buying cigarette first!!! Samada beli rokok batang mahupun kotak…so kalau sangap sgt nk merokok, mintak je kat kwn2 yg ade rokok…surely diorg ngan baik hati bagi rokok..sampai satu ketika kita mintak rokok, pelempang yang hinggap…itu merupakan petanda untuk kita memulakan jurus seterusny iaitu:


Jurus 7: Kurangkan berdamping dengan perokok

- Yup, kurangkan berdamping dengan mana-mana sahaja perokok yang sedang merokok… ape???anda takut ilang kawan???kerana nk berhenti merokok buang kawan???tidaklah begitu, dan anda perlu tahu masih ramai lagi manusia didunia ini, di Malaysia ini yang tidak merokok… dan mereka sgt2 berbesar hati untuk berkawan dgn anda, make frens ngn org yg tak merokok…mereka juga boleh menjadi catalyst utk anda berhenti merokok…

Jurus 8: Kurangkan kekerapan merokok

- Kurangkan jumlah pengabilan rokok anda…sehari2…dari sekotak 20 à sekotak 14 à sepuluh batang à 9 batang+ kating ngn mmbe….haha….ianya satu langkah yang sgt baik brade2 sekalian


Jurus 9: Banyak2kan berdoa

- Allah suka hambanya yang banyak meminta…jgn putus asa, jgn berhenti berharap pada rahmat Allah…doa bnyk2 supaya diberikan kekuatan dan sedikit kecerdikan untuk berhenti daripada merokok…amin, aku juga doakan untuk brade2 sekalian…


Jurus 10: Jurus paling sukar untuk setiap amalan …. ISTIQAMAH

- Ya, istiqamah…consistency…itu yang paling penting… amalan yang sentiasa berterusan, mengikut tertib yg dicadangkan… ilmu, doa , amal dan berserah pada Allah… pujuk diri, cekalkan hati, ape yg kita ingin lakukan ini adalah sesuatu yang bukan mudah, perlu bersusah payah, dan itu mmg pun falsafah yang terkandung dalam ‘HIJRAH’…. Ku doakan utk brade2 dan rakan2 sekalian, supaya dgn amalan yg sedikit ini, kita membantu untuk menjadikan diri sendir dan persekitaran kita lebih aman sentosa, ceria hendaknya… sekian, renung2kan dan selamat beramal…



p/s: saya bukan ustaz, tapi bru nk start =)... one too tree go!!!


5 comments:

  1. owh..asyraf habilqabil rupenye..hehe.

    ReplyDelete
  2. bukan senang nak berenti.. tapi akhirnya aku berjaya.. alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. oho...faranadz ade disini...mengintai daku yer haha

    ReplyDelete
  4. ada satu jurus ko tertinggal nih yop.. jurus nih mula2 skali ko amalkan sebelum berhenti merokok dulu.. org kampung xkan lupa punya..

    pembetulan :-

    jurus pertama = Join org tabligh
    hak3x...

    ReplyDelete
  5. tabligh pon ade gak yg merokok...
    so aku x mskkan la jurus tuh...
    tp klo nk start, bule jek join...
    dr join ilmu sesat, ilmu terbang tak lut dek parang....haha

    ReplyDelete